Saturday, February 12, 2011

cinta ~ber'couple' perlu ke??

Assalamualaikum ..ya ukhti ya akhi...sahabat sumer..

sebenarnye entri dituju ke sempena tau2 je la kan...ape ade 14 feb nie?karut je sumer ni...
so when we talked about love what is ur ist impression?hah..pikir2 la sendiri...dah besar panjang kan..
nk berkongsi sebenarnye dgn satu artikel that i have read..
utk peringatan kepada sumer dn juge kpd diri sendiri..

Apa itu Ber'couple'?

Ber'couple' merupakan suatu tradisi yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dgn saling bpandangan mata,kemudian saling mengutusa senyuman dan cinta pun mula berputik.Bila dh cukup sedia,masing-masing 'masuk line'. Ada yg berbalas-balas nota, bagi yg lebih 'advance' gune sms, FB, dn sebagainya. Akhirnya bila dah suka sama suka, terjalinlah ikatan percintaan dan kemudian mula pula ber'couple'.

Mengapa Ber'couple' Haram?
Persoalan utama di sini ialah MENGAPA??? Sebagai seorg muslim, utk mjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Dalil yg lebih kuat menentang hubungan percintaan ini tdapat dalam Surah Al-Israa'(17) ayat 32:

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yg keji dan sesuatu jalan yang buruk."

Selalu juga kan dgr ayat ni? Tetapi yg sedihnya, ramai yg apabila dtegur dgn ayat ini akn menjawab,"Mana ada kami berzina. Kami berbual-bual je" , " Kami keluar makan je" dan " Kami main SMS je". Dan pelbagai 1001 alasan lagi.
Para pembaca,cube teliti semula firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang kita MENDEKATI zina, bukan MELAKUKAN zina. Allah menggunakan kalimah 'walaa taqrobuu' (jangan hampiri) dan bukannya kalimah 'walaa ta'maluu' (jangan melakukan). Ini menunjukan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM!

Mungkin ada yg tidak jelas dgn maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dgn dewan adlh 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan mghampiri dewan. jadi, bercinta sebelum berkahwin dan ber'couple' adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

Bagaimana pula dgn hadis rasul kita, Nabi Muhammad SAW? Dalam hadis,baginda telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah Ta'ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang.Zina lidah ialah berkata.Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti"

Apabila kita memandang Si dia dgn sengaja,menatapi wajahnya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan utk mengeluarkn kata-kata manis utk memenangi hati Si dia,lidah pula berzina. Apabila kt mdengar serta mnghayati kelunakan suaranya,telinga berzina. Apabila berpegangan tgn,bjalan bersama ke arah mghampiri zina,tangan dn kaki berzina. Tetapi, yg paling bahaya ialah, apabila kt merindui Si dia,memikir-mikirkan tentangnya,kecantikannya,ketampanannya,zina tetap berlaku.

Sudah terang lagikan bersuluh,percintaan sebelum berkahwin dn bercouple adalah mghampiri zina dn hukumnya adlah HARAM. Semoga kite sumer muhasabah diri sendiri dn memilih BERCINTA SELEPAS KAHWIN yg jauh lg manis dn indah. Ayuh kita kembali kpd Allah yg kaya dgn sifat penyayang itu....Dan sesungguhnya pintu taubat Allah sentiasa terbuka utk hambaNYA...

thanks WACANA~

No comments:

Post a Comment